Friday, October 3, 2008

Salam Aidilfitri..


huhuhu... perhatikan rambut aku...


perhimpunan agung umpat mengumpat... hehehe..


adom, aku, sara.

Assalamualaikum.. Salam Aidilfitri kepada semua rakan2, sahabat, kawan2, saudara2, dan juga musuh2 aku.. hehehe.. disini, aku menyusun sepuluh jari dan ikhlas dari lubuk hati aku, andai aku ada buat salah dan silap tanpa disedari ataupun secara sengaja, aku ingin memohon sejuta kemaafan daripada semua.. kita hanya manusia biasa, sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan dalam hidup kita.. tapi kita boleh mengelakkan kesilapan yang bakal berlaku dengan berfikir sebelum bertindak.. apa kesannya kepada kita dan orang lain.. kita boleh melakukannya.. insyaallah.

Raya tahun ni disambut seperti raya tahun2 lepas jugak... secara sederhana sahaja.. x da yg luar biasanya. Eh, ada! Aku straigh kan rambut aku. Beli krim wella yang rm 22 tu kat alamanda. Kira merasa jugak la aku beraya dgn rambut aku yg lurus dan menawan.... luar biasa.... Hahahaha... 1 st raya, pagi2 kami 4 beradik mintak maaf ngan parents kami.. and then kami balik ke kampung untuk melawat kubur arwahnya tok tapa aku.. masa tu terasa sebak.. andai la tok tapa aku masih panjang umurnya, dah tentu hari raya kami akan meriah.. tapi itu semua dah lama berlalu.. yang tinggal hanya kenangan sahaja.. Al-Fatihah untuk dirinya..

2nd raya aku gi turun tapah beraya umah kawan2 lama. pergh.. penat jugakla.. dari pukul 8 pagi sampai 10.30 mlm.. rasa nk pecah perut aku ni.. naik balik la jawabnya sang perut ni.. baru bercita2 nk jadi kannya berpetak2..(angan2 yang keras).. tp best.. jumpa blk ngan bdk2 ni.. naze, sheikh, zaim, jamal, adom, adik, sara, deenesh, suresh, ashok, kam loon.. bknnya senang nk jumpa diorang.. jumpa pun setahun sekali.. maklum lah aku dah pindah ipoh.. pastu aku study lagi.. diorang ramai yg dah keje.. x sabar pulak rasanya aku nk keje.. merasa gaji sendiri, bg duit kat parents, nk pakai kete, kumpul duit, kawen... (Ehhh!!! Sapa yg nk kawen ngan ko?? Kucing???.. hahaha). then malam tu lepas balik dari beraya aku tepon kawan lama aku.. lama jugak bergayut.. lama x bersembang.. bertanya khabar.. bertukar2 cerita.. bergurau.. rasa best sgt. hilang penat aku.. huhu.. tapi.. tetiba tepon aku bateri kong.. potong betol..

3 rd raya.. x gi mana2 pun.. duk umah tgk tv.. lg best.. puas aku tgk drama2 melayu. Sekarang ni tiap2 hari aku tgk cite kerana cinta ku saerah kat tv3.. kul 5 pagi.. sanggup aku bangun... cite best.. menyentuh hati dan perasaan..huhu.. Ahad ni aku dah kene balik upm dah.. isnin ada kelas. Mana la ada mood aku nk gi kelas raya2 mcm ni.. upm ni pun gila.. bg la cuti 2 minggu.. hmmmm. Yg lg x best, Next week 10hb dah ada test 3 biomatheri…. Subjek maut sem ni….. Waaaaaaaaaa…. Sungguh tension… sungguh tension… tulun.. tulun.. hahahahahaha.. ok.. see ya.