Tuesday, November 8, 2011

Seperti Syurga Mu...

Pop Shuvit*
Aku pernah alpa, aku pernah lupa
Aku pernah terlena, dibuai cahaya indah
Hidupku jadi megah, tanpa bersusah payah
Tanpa aku menduga, ku dalam leka
Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara
Suram mengambil tempat, lumrah sudah tersirat
Jaminan menjadi berat, tamparan begitu hebat
Sekarang baru ku sedar, setelah menempuh sukar
Ku memikirkannya setiap saat...

Man Bai*
Tolong sedar kan diriku, dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa satu waktu, ku tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu, berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Mungkinkah seperti syurgaMu...

Pop Shuvit
*
Sekarang baru aku sedar setelah segala
Yang aku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana mencabar setiap daya
Akan ku sumbangkan untuk untuk mencuba
Cuba mencari cahaya itu kembali
Biarpuan aku terpaksa menempuhinya sekali lagi
Kali ini aku akan lebih berhati-hati
Walapun aku terpaksa berlari atau meniti
Kan ku harungi dengan cekal
Pengalaman menjadi kekal...

Oh...Engkau yang menentukan
Apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurgaMu

Tolong sedar kan diriku
Dari noktah kian luput..oh.. oh
Aku bimbang jumpa satu waktu, ku tak kenal siapa
Tolong sedar kan diriku
Ku berharap kepadaMu
Berikan ku satu rasa...
Seperti syurgaMu...
Yang memberi erti hidup ini...
Seperti syurgaMu...
Mungkinkah seperti syurgaMu...

Seperti...
Ku berharap kepadaMu
Tolong sedar kan diriku
Seperti syurgaMu...

Bila aku hayati lirik ni betol2.. Secara x sedar air mata aku mengalir.. Betol.. Aku takut jumpa suatu masa.. Aku x kenal sesiapa.... Aku takut..

Nota Kaki : Aku juga manusia... Bisa melakukan kesilapan...

Friday, August 5, 2011

Kenapa?

Tahukah anda semua bahawa penanam padi di Malaysia jauh ketinggalan berbanding petani2 Eropah, Jepun hatta negara jiran kita, Thailand, serta Vietnam. Ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan, teknologi, displin dan juga amalan kultura.

Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah kerana medium perantaraan yang dilantik dan diamanahkan oleh kerajaan, tidak melaksanakan tugas dengan sewajarnya.. PPK, LPP, MADA.. Ini benar2 berlaku. Tanyalah kebanyakan petani di utara ini, kebanyakan daripada mereka, tidak tahu aturan semburan racun yang sebenar. Ini adalah fakta. Hanya kira2 30% sahaja yang tahu. Bagaimana kita hendak mencapai sasaran kerajaan yang mahukan petani mendapat 10 tan/ha? Sedangkan kini rata2 petani hanya mendapat hasil antara 2-5 tan/ha? Hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu mencapai hasil antara 6-9 tan/ha.

Tidak dinafikan tugas kami sebagai pegawai teknikal racun adalah untuk melatih para petani ini menggunakan racun dengan betul, disamping memberi tunjuk ajar tentang pengurusan bersepadu tanaman untuk meningkatkan hasil secara berterusan. Tapi kami juga memerlukan bantuan dari pihak2 agensi kerajaan ini untuk mengumpul dan menggembeleng tenaga untuk menyampaikan mesej kepada petani.

Jika di Jepun atau negara Eropah, apabila kami, pegawai teknikal racun syarikat swasta ingin memberikan taklimat, maka para petani atau agensi kerajaan akan membayar kepada pihak syarikat racun. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia. Sudahla para petani mahukan kami mengadakan taklimat di restoran yg mahal atau ingin makan yg sedap2 di akhir taklimat, Pegawai2 agensi kerajaan ini juga menangguk di air yang keruh. Jika kami tidak melayan kehendak mereka, tiada taklimat yang akan diatur. Ada pegawai2 yg tidak langsung menjenguk bendang para petani, yg berlagak mengalahkan YB juga tidak terkecuali.

Jika keadaan ini terus berlaku, maka petani di Malaysia ini akan berada di tahap yg sama, tidak berubah. Sentiasa mundur dan ketinggalan. Amalan rasuah di Malaysia kini semakin menjadi2. Andai situasi ini tidak berubah, maka dalam 20 tahun akan datang negara ini akan menjadi tidak ubah seperti negara India dimana rasuah berleluasa dan terlalu teruk. Ekonomi akan jatuh merudum. Pengangguran akan berada di paras tertinggi. Mahukah kita melihat anak2 kita berhijrah ke negara lain semata2 untuk mencari sesuap nasi? Seperti Pekerja Bangladesh dan Indonesia? Anda ada jawapannya.. Tepuklah dada, tanya selera. Akhir kata, Umpama mencuci arang, tidak putih2 jua..

Legnote : Gua pon terkejut gua wat entry ilmiah begini. Mungkin sebab tahun ni gua da berumur 26 tahun(x da kaitan. Hahahaha!). Gua da pasang angan2 gua nk kawen hujung tahun 2012. Gua da start saving. Tapi calon x da. Lu org tolong carikan boley x? Hahahahaha! Sahur2 weh.. Chiow!

Friday, June 24, 2011

AGB 6560.. AES 9166.. Thank you.. I will miss both of you forever.. I promise..

AGB 6560... My Belalang Tempur.. 4 tahun kita bersama... Merata-rata kau pancitkan tayar kau.. Bermain air hujan dgn gumbira.. Jatuh tersungkur bersama.. Parut kat kaki kiri aku ni masih terasa panasnya.. Kehulu Kehilir kita merambu.. Mana yang kita x sampai? Semua kawasan Key Ell kita jelajah. Seluruh UPM kita redah.. Masakan aku akan melupakan kau wahai Belalang Tempur...

AES 9166.. 17hb Jun yg lepas adalah ulang tahun pertama kita.. Walaupun dibonet belakang kau tertulis "Kenari".. Tapi kau lah segalanya.. Kau lah kereta kebal.. Kau lah traktor.. Kau lah kapal selam.. Kau lah kereta berhias.. Walaupun hanya setahun kita bersama, tapi banyak kenangan suka duka kita lalui.. I will remember that.. Always..

Terasa begitu sebak dan hiba untuk melepaskan kau berdua yang begitu banyak berjasa dalam hidup aku.. Insyaallah... Bila aku dah kaya raya tahap kamen rider suatu hari nanti.. Aku akan pastikan kau berdua kembali ke sisi aku... Hingga masa tu.. Jaga diri elok2.. Berbaik2 dgn tuan baru korang..

Terima Kasih......

Legnote : Gua betol2 sedih!!

Wednesday, April 13, 2011

Bkn aku!

Tempat : Highway Sg Petani - Alor Setar
Pelakon : Aku, dan 3 org rakan.
masa : 9. 30 mlm
Kejadian : Dalam kereta Kenari.

Mlm tu kami baru abes wat pameran kat penang.. Letih gile.. dari ptg sampai mlm. da la hari cuti. Membazir tol!

Nk dijadikan cerita, kami semua penat.. Sedang aku sedang memandu, tetiba hidungku dihidangkan dgn bau yang amat busuk.. X tumpah seperti bangkai biawak yang dibiarkan selama 3 hari! Haram tol. Da la kentut, x bukak tingkap pulak tu!!!

aku : hare! sape kentut???
A : Ya Allah.......... Busuknya bau!!!
C : Uweeekkkkkkk!!
Aku : x da sivik!! da kentut bukak la tingkap!
C : aku lebih rela cium bau getah sekerap!
A : ni spesies kurang ajo ni.
D : ni mesti Ashriq ni!
Aku : aik???
D : hg yg tercium dulu bau. mesti hg yg lepaskan!
A : emmm. ari tu mcm tu gak. kuang ajaq Ashriq!
C : bos, bos mkn apa ptg td?
Aku : weh, bkn aku la!
A : da la. yg wat perangai mcm ni hg sorang ja.
D : haramjadah tol!
C : hahahahaha. busuk gile. mcm x berak 3 hari.
Aku : hmph. hampa ingat aku sorang ja ada lubang punggung? dlm kete ni ada 3 lubang punggung tau x?

dan sehingga ke Alor Star, x da siapa yg nk ngaku.....

Legnote : Aku rasa D. Sbb tanpa ada sebab die menuduh aku. Sampai ke ari ni aku x tau sape yg kentut lalu meletakkan kesalahan die kat aku. Aku call Bukit Aman baru tau. Panggil forensik. Hahahahaha.

Tuesday, February 22, 2011

Aku nk muntah!

Aku skrg ada kat langkawi. Ada meeting kat sini. Hahahaha.. Bkn apa, ni 1st time aku datang langkawi nih. Terasa best jugak. Hahahaha.. Tapi aku datang atas urusan keje. Aku kene present depan bos2 besar dari kolumpo nu.. Mampos...

1st time aku naik feri g langkawi.. Aku mabuk laut..... Sampai kat hotel ptg tu, Aku pening2.. Cess.. Presentation x wat lagi.. Tapi aku gagahkan jugak kepala otak aku memerah idea nk kelentong untuk present esk. Hahahaha.. Sambil wat presentation tu aku isap cerut Vasco Da Gama x silap aku, yang dalam tin tu,sambil wat slide dan ditemani old town white coffe peket yang aku bawak dari rumah.. Cerut ni direkemen oleh membe aku, meran. katanya sunguh sedap. Lalu aku pon membeli cerut tersebut.

Selesai isap cerut yang dikatakan lazat tu..... Kepala aku makin berpusing2.. Jam baru kul 9.. Meeting kul 8.30 pagi.. Slide bnyk lagi. Haramjadah tol.....

Setengah jam kemudian..........

Aku x tahan dah. Aku baring atas katil. Aku rasa nk muntah. Aku rasa pening. Aku rasa sakit perut. Aku rasa katil yang aku baring tu bergoyang mcm tgh naik feri............. Aku btol2 rasa nak muntah.................... Aku rasa mata aku x leh nk buka dah............... Tiiiiiiittttt...........(sila bayangkan bunyi Alat Bantuan Hidup kat hospital tu bila org da mati).
.
.
.
.
.
.
.
.
8.13 Pagi aku terjaga. Sumpah aku x gosok gigi pagi tu. Hahahahaha. Last2 aku wat slide masa dalam meeting.. Nasib baik aku sempat siapkan sebelum aku kene present.... Hahahahahahahahahahaha.. Bos2 pon mood tgh baik sebab datang langkawi, jadi x bnyk tembak aku.. Naib baik... Terima kasih Vaco da Gama!

Legnote : Aku x kan datang honeymoon kat langkawi. Aku nk g Bali dan cameron highland! Sabar eh Lisa Surihani! Hahahahahahahahahaha!

Sunday, February 6, 2011

Busy Yang Sengaja..

Ada paham? Busy yg sengaja aku wat.. Hahahahaha.. Kepala hotak sengaja, aku btol2 busy, kadang2 malam pon aku keje dan meeting beb.. Tapi Alhamdulillah.. Aku rasa tenang dan damai disini.. X mcm satu ketika aku keje di Kotaraya Kolumpo, Kotaraya yang mampu membunuh harapan dan impian manusia.. Kotaraya yang penuh dengan manusia yang berbagai ragam.. Kotaraya yang penah aku tinggal selama 8 tahun.. Melalut dah...

Hahaha.. Tapi.. Kadang2 aku teringat balik kenangan2 di kolumpo tu.. Mcm2 ada.. Kegembiraan.. Kesedihan.. Kebahagiaan.. Keperitan.. Kejayaan.. Tapi tu lah.. Semua tu kenangan masa lalu.. Masa lalu merupakan waktu yang penuh dengan pelajaran. Sebuah pelajaran yang dicipta untuk dipelajari dan ditelaah. Andai kita pernah mengecapi kejayaan pada masa lalu, ambil pelajaran tu untuk kita ulangi kejayaan yang telah kita bina. Tapi, jika masa lalu kita tu ada cebisan kegagalan or keburukan, ambil juga ia, lalu pelajari dan telaah supaya kita dapat menghadapi masa depan yang 1000 kali lebih mencabar.. Ramai manusia yang berubah sebab kenangan masa lalu. Kerana pengalaman masa lalu ada manusia yang berjaya motivasikan diri untuk menjadi lebih baik. Ada juga manusia yang tidak dapat menerima, lalu tersungkurlah mereka dipijak oleh pengalaman tersebut.. Alhamdulillah.. Aku masih kuat..

Ramai yang melihat ujian dari Allah S.W.T adalah bencana yang menimpa kita.. Tidak! Lihat dari sudut yang berbeza. Ujian dari Tuhan bermakna Dia sayangkan kita.. Aku anggap Tuhan telah menarik satu rezeki daripada aku, tapi Dia memberikan rezeki yang lain pada aku.. Kerana mungkin jika aku ada kedua2 rezeki tersebut, aku akan terus lalai dan selesa dengan kehidupan dulu.. Bila Allah S.W.T menarik rezeki tu dari aku, baru aku tersedar, aku perlu berubah kerana kehidupan aku yang dulu x kan menjamin masa depan aku.. Dan bila aku telah redha, tawakkal kepada Nya, satu hari nanti, Dia akan pulangkan rezeki yang telah Dia tarik bersama dengan rezeki yang ada sekarang.. Kan semua yang kat dunia ni pinjaman semata2? Hehe..

Setiap taufan yang menerpa, pasti akan berlalu. Setiap banjir yang melanda, pasti akan surut. Setiap hujan yang menimpa, pasti akan berhenti. Setiap kali malam, pasti akan diganti dengan siang. Aku cuma berharap yang aku akan terus kuat menghadapi liku2 hidup ini..

Nota berkaki : Selamat Pengantin Baru kepada sahabat baik aku dulu. Jadilah isteri yang solehah. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga korang... Dan kepada rakan2 yang membaca blog aku, JANGAN DITANYA bila aku nk kahwin. Soalan tu bole membawa kepada perang dunia ke-4. Hahahahaha.. Adios!