Wednesday, December 22, 2010

Hukum Karma?

Setiap apa perbuatan yg kita buat kat org, pasti akan ada balasannya, samaada ianya baik atau buruk, lambat atau cepat. Yup, itulah hukum karma.

Pagi td aku baru kene. Dlm perjalanan aku nk g UPM, aku hon seorang makcik tua.. Sbb buat u-turn membabi buta. Then Tuhan nk tunjuk, supaya aku sentiasa ingat kat Dia... X lama lepas kejadian tu, aku pulak yg di hon kerana membuat u-turn secara membabi buta.. Sekarang Tuhan bayar cash.. Padan muka aku pada hari ini..

Jadi, kepada sesiapa yg masih belum lagi sedar, tolong lah ingat.. Setiap apa yg kita wat, akan ada balasannya. Kau mainkan perasaan org lain, suatu hari nanti, perasaan kau pulak yang akan dipermainkan. Kau guna kan seseorang untuk kepentingan diri, suatu hari nanti, kau pula akan dipergunakan. Kau korbankan seseorang untuk kebahagiaan kau, suatu hari nanti, kebahagiaan kau yang akan dikorbankan. Hidup umpama roda.. Kejap je kita kat atas, tanpa sedar, kita dah ada kat bawah.

Tapi seingat aku... Aku x pernah mainkan perasaan org lain.. Aku x pernah tipu org lain.. Aku x pernah gunakan seseorang untuk kepentingan diri.. Dan aku x pernah korbankan kebahagiaan org lain semata2 untuk kebahagiaan aku.. Aku sentiasa jujur dan ikhlas.. Yup. Jujur dan ikhlas. Maybe sebab aku ni mudah kesiankan org dan baik sgt kat org, jadi kau ambil kesempatan atas sifat baik aku.. Aku anggap itu sebagai ujian dari Allah S.W.T...

Nota berkaki : Jangan nk burukkan nama aku. Jangan cuba nk fitnah aku. Kalo kau berani, kau panggil kawan2 kau, aku panggil kawan2 aku. Kita semua duduk semeja supaya diorang boleh dengar cerita dari kedua2 pihak. Aku dah kata dari awal, jangan nk main2 dengan aku. Berani?? One more thing, berjuta2 kali aku ckp, aku BENCI PENGKID!!! Jangan letak otak kau kat kepala lutut. Mak bapak kau dah ajar agama dari kecik. Bercakap pasal ketuhanan, tapi perangai ko sendiri mcm syaitan. Ko cuba nk betolkan org lain, tapi diri ko sendiri x betol. Tiap2 hari nk post benda2 mengarut kat wall, sedih la, apa la. Org lain pon ada perasaan, org lain pon kecewa juga la. Binatang pon kenal mana jantan mana betina masa nk mengawan. Out!!!

Wednesday, December 8, 2010

Cubaan/Sabar + Tekanan(Gadoh + Maruah)/Dugaan - Sakit hati = Selamat tinggal Pancarona!!

Dengan segala hormatnya ingin sya memberitahu bahawa pada pukul 1430 tadi, bermula kerjaya saya sebagai penanam anggur yang sah!!

Setalah bertegang leher dgn bos sya yg bangang merangkap sepupu tauke, dgn ini tanpa rasa menyesal saya telah meletak jawatan!!

Payah kalo kerja ngan syarikat yg hak miliknya sepupu sepapat. Gua dah lama tahan dari start keje lagi. Tapi kali ni gua dah x tahan. Semua kesalahan yg die buat diletakkan kat bahu gua. Gua bknnya badang. Mana larat nk pikul sorang2. Tauke pula selalu memenang kan bos gua atas alasan bos gua sepupu die. Haramjadah la!

legnote : Dlam 2-3 bulan ni banyak btol dugaan yg melanda...... Rasa mcm.. X tahan dah... Ya Allah...... Tabahkan lah hati hambaMu yg daif ini..............

Tuesday, December 7, 2010

Doa Buat Kekasih..

Ya Allah..
Seandai telah Engkau catatkan
dia milikku tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Tetapi Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bkn milikku..
Bawalah dia jauh dari pandangan ku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..

Serta Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Dan perolehkan dia kebahagiaan..
Lebih dari kebahagiaan yang aku peroleh..
Dan juga jgnlah ada kebencian antara kami..

Dan Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dgn takdir Mu..
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untuk diriku dan diri dia..
Kerana Engkau Yang Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba Mu..

Ya Allah..
Cukuplah Kau saja..
yg menjadi pemeliharaku..
Dunia dan Akhirat..
Dengarlah rintihan hamba Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
DiDunia mahupun di Akhirat.
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman..
Supaya aku dan dia..
Dpt membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..
Amin.. Ya Rabbal A'lamin..



Salam Maal Hijrah.. Sempena tahun baru ni, marilah kita berubah kearah kebaikan.. Bkn hanya secara luaran, tetapi dalaman juga.. Memang kadangkala sukar untuk kita berubah. Tetapi jika kita benar2 berazam dan sertakan dengan berdoa kepada Allah S.W.T., tiada apa yg mustahil.

Legnote : Dari Maghrib semalam sampai sekarang aku x hisap rokok.. urghh.. seksa.. tapi aku yakin aku boleh!!!

Wednesday, December 1, 2010

Mat Pet...

Ini kisah benar. Aku x tipu.

Prolog.

Ptg semalam -

Pukul 4.45 ptg. 3 biji kenderaan yang x dikenali memecut laju msk ke tempat keje aku umpama ambulans mengangkut ibu mengandung yg pecah air ketubannya. Lalu aku pun turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku.
Jeng2! Aku dah agak! Security tempat aku keje yg isap dadah kene rush. 2 org mat pet dibawa kebalai polis untuk ujian air kencing. Sebelum dibawa msk ke dalam kereta, salah seorang mat pet sempat memberikan aku jelingan maut yang menandakan die x puas hati. Aik? Lu syak gua yg report ke der? Bkn gua k. Nu, makcik cleaner tu yg kecoh.

Klimaks

Pagi td -

Aku baru sampai tempat keje. X sempat aku nk kentut pagi, tetiba aku disergah dari belakang. "hoi!!!" Terlepas kunci kereta dari tangan aku.

Mat pet : wei bangsat! kenapa lu gatal nk report2 ni??

Aku : lu jgn main tuduh2 der. Mana lu tau gua yg report?

Mat pet : gua tau la. gua ada kaco lu ke? kenapa lu nk kaco gua?

Aku : der, rilex der. gua x report k. bkn gua.

Mat pet : abes kalo bkn lu sapa lg?? skrg gua dah kene buang keje!!

Aku : gua sorang je ke yg keje sini? lu ada tgk gua kecoh2 ke?

Mat pet : ahh!!

Terus mat pet tu start moto dan blah. Aku rasa die bru lepas layan lagi. Bangsat. X lama lepas tu dtg makcik cleaner mengadu kat aku die kene ugut dan marah ngan mat pet tadi. Aku rasa nk letak je tapak kasut aku dalam mulut makcik ni. Dah tu kenapa ko nk bising2, kecoh2 nk g report? Sekarang keselamatan aku dan semua pekerja kat sini terancam. Pa wau kaf ya btol.

Monolog

Aku rasa x selamat dan x da mood dah nk keje kat sini. Bkn apa, mat pet ni otaknya gila. Walaupun badan aku persis Malek Nor, tapi kalo ditetaknya pakai parang, mampos juga. Kalo die letak dadah kat kereta aku and then die report polis? X pasal2 aku msk Harian Metro. Bos aku seperti biasa, lepas tangan. Haram J.

Aku dah try risik2 keje lain, tp skrg ni agak payah nk dptkan keje.. Pemimpin negara kata terdapat bnyk peluang kerjaya. Opah die. Org atas memang sedap main ckp je. Yg teruk org bawah ni..

Lagi satu. 2-3 hari ni gua terpikir... Gua nk mulakan hidup baru.. X larat dah nk idup mcm ni. Gua nk lari jauuuuhh dari sini. Cukup2 la gua bersedih. Asyik gua je pikir pasal lu, lu x penah pikir pun pasal gua. Lu x pernah pun fikir pengorbanan gua. Lu kejar kebahagiaan lu tanpa memikirkan kebahagiaan org lain. Masa lu sedih dulu, gua sentiasa ada kat sisi lu. Tp bila gua sedih, lu ghaib ntah kemana. Gua x penah tipu lu, tp lu berkali2 kelentong gua. Cukup lah. Lu ingat gua x laku ke? Gua masih hensem dan kacak. Lu ingat lu sorang je yang ramai peminat? Lu ingat dlm Malaysia ni lu sorang je yg cun? Dulu drpd kesian bertukar jd syg yg menebal. Skrg gua nk kikis syg tu biar jd benci. Lu pandai berlakon.

Notakaki : Esk gua nk ponteng keje...