Tuesday, February 22, 2011

Aku nk muntah!

Aku skrg ada kat langkawi. Ada meeting kat sini. Hahahaha.. Bkn apa, ni 1st time aku datang langkawi nih. Terasa best jugak. Hahahaha.. Tapi aku datang atas urusan keje. Aku kene present depan bos2 besar dari kolumpo nu.. Mampos...

1st time aku naik feri g langkawi.. Aku mabuk laut..... Sampai kat hotel ptg tu, Aku pening2.. Cess.. Presentation x wat lagi.. Tapi aku gagahkan jugak kepala otak aku memerah idea nk kelentong untuk present esk. Hahahaha.. Sambil wat presentation tu aku isap cerut Vasco Da Gama x silap aku, yang dalam tin tu,sambil wat slide dan ditemani old town white coffe peket yang aku bawak dari rumah.. Cerut ni direkemen oleh membe aku, meran. katanya sunguh sedap. Lalu aku pon membeli cerut tersebut.

Selesai isap cerut yang dikatakan lazat tu..... Kepala aku makin berpusing2.. Jam baru kul 9.. Meeting kul 8.30 pagi.. Slide bnyk lagi. Haramjadah tol.....

Setengah jam kemudian..........

Aku x tahan dah. Aku baring atas katil. Aku rasa nk muntah. Aku rasa pening. Aku rasa sakit perut. Aku rasa katil yang aku baring tu bergoyang mcm tgh naik feri............. Aku btol2 rasa nak muntah.................... Aku rasa mata aku x leh nk buka dah............... Tiiiiiiittttt...........(sila bayangkan bunyi Alat Bantuan Hidup kat hospital tu bila org da mati).
.
.
.
.
.
.
.
.
8.13 Pagi aku terjaga. Sumpah aku x gosok gigi pagi tu. Hahahahaha. Last2 aku wat slide masa dalam meeting.. Nasib baik aku sempat siapkan sebelum aku kene present.... Hahahahahahahahahahaha.. Bos2 pon mood tgh baik sebab datang langkawi, jadi x bnyk tembak aku.. Naib baik... Terima kasih Vaco da Gama!

Legnote : Aku x kan datang honeymoon kat langkawi. Aku nk g Bali dan cameron highland! Sabar eh Lisa Surihani! Hahahahahahahahahaha!

Sunday, February 6, 2011

Busy Yang Sengaja..

Ada paham? Busy yg sengaja aku wat.. Hahahahaha.. Kepala hotak sengaja, aku btol2 busy, kadang2 malam pon aku keje dan meeting beb.. Tapi Alhamdulillah.. Aku rasa tenang dan damai disini.. X mcm satu ketika aku keje di Kotaraya Kolumpo, Kotaraya yang mampu membunuh harapan dan impian manusia.. Kotaraya yang penuh dengan manusia yang berbagai ragam.. Kotaraya yang penah aku tinggal selama 8 tahun.. Melalut dah...

Hahaha.. Tapi.. Kadang2 aku teringat balik kenangan2 di kolumpo tu.. Mcm2 ada.. Kegembiraan.. Kesedihan.. Kebahagiaan.. Keperitan.. Kejayaan.. Tapi tu lah.. Semua tu kenangan masa lalu.. Masa lalu merupakan waktu yang penuh dengan pelajaran. Sebuah pelajaran yang dicipta untuk dipelajari dan ditelaah. Andai kita pernah mengecapi kejayaan pada masa lalu, ambil pelajaran tu untuk kita ulangi kejayaan yang telah kita bina. Tapi, jika masa lalu kita tu ada cebisan kegagalan or keburukan, ambil juga ia, lalu pelajari dan telaah supaya kita dapat menghadapi masa depan yang 1000 kali lebih mencabar.. Ramai manusia yang berubah sebab kenangan masa lalu. Kerana pengalaman masa lalu ada manusia yang berjaya motivasikan diri untuk menjadi lebih baik. Ada juga manusia yang tidak dapat menerima, lalu tersungkurlah mereka dipijak oleh pengalaman tersebut.. Alhamdulillah.. Aku masih kuat..

Ramai yang melihat ujian dari Allah S.W.T adalah bencana yang menimpa kita.. Tidak! Lihat dari sudut yang berbeza. Ujian dari Tuhan bermakna Dia sayangkan kita.. Aku anggap Tuhan telah menarik satu rezeki daripada aku, tapi Dia memberikan rezeki yang lain pada aku.. Kerana mungkin jika aku ada kedua2 rezeki tersebut, aku akan terus lalai dan selesa dengan kehidupan dulu.. Bila Allah S.W.T menarik rezeki tu dari aku, baru aku tersedar, aku perlu berubah kerana kehidupan aku yang dulu x kan menjamin masa depan aku.. Dan bila aku telah redha, tawakkal kepada Nya, satu hari nanti, Dia akan pulangkan rezeki yang telah Dia tarik bersama dengan rezeki yang ada sekarang.. Kan semua yang kat dunia ni pinjaman semata2? Hehe..

Setiap taufan yang menerpa, pasti akan berlalu. Setiap banjir yang melanda, pasti akan surut. Setiap hujan yang menimpa, pasti akan berhenti. Setiap kali malam, pasti akan diganti dengan siang. Aku cuma berharap yang aku akan terus kuat menghadapi liku2 hidup ini..

Nota berkaki : Selamat Pengantin Baru kepada sahabat baik aku dulu. Jadilah isteri yang solehah. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga korang... Dan kepada rakan2 yang membaca blog aku, JANGAN DITANYA bila aku nk kahwin. Soalan tu bole membawa kepada perang dunia ke-4. Hahahahaha.. Adios!