Wednesday, December 22, 2010

Hukum Karma?

Setiap apa perbuatan yg kita buat kat org, pasti akan ada balasannya, samaada ianya baik atau buruk, lambat atau cepat. Yup, itulah hukum karma.

Pagi td aku baru kene. Dlm perjalanan aku nk g UPM, aku hon seorang makcik tua.. Sbb buat u-turn membabi buta. Then Tuhan nk tunjuk, supaya aku sentiasa ingat kat Dia... X lama lepas kejadian tu, aku pulak yg di hon kerana membuat u-turn secara membabi buta.. Sekarang Tuhan bayar cash.. Padan muka aku pada hari ini..

Jadi, kepada sesiapa yg masih belum lagi sedar, tolong lah ingat.. Setiap apa yg kita wat, akan ada balasannya. Kau mainkan perasaan org lain, suatu hari nanti, perasaan kau pulak yang akan dipermainkan. Kau guna kan seseorang untuk kepentingan diri, suatu hari nanti, kau pula akan dipergunakan. Kau korbankan seseorang untuk kebahagiaan kau, suatu hari nanti, kebahagiaan kau yang akan dikorbankan. Hidup umpama roda.. Kejap je kita kat atas, tanpa sedar, kita dah ada kat bawah.

Tapi seingat aku... Aku x pernah mainkan perasaan org lain.. Aku x pernah tipu org lain.. Aku x pernah gunakan seseorang untuk kepentingan diri.. Dan aku x pernah korbankan kebahagiaan org lain semata2 untuk kebahagiaan aku.. Aku sentiasa jujur dan ikhlas.. Yup. Jujur dan ikhlas. Maybe sebab aku ni mudah kesiankan org dan baik sgt kat org, jadi kau ambil kesempatan atas sifat baik aku.. Aku anggap itu sebagai ujian dari Allah S.W.T...

Nota berkaki : Jangan nk burukkan nama aku. Jangan cuba nk fitnah aku. Kalo kau berani, kau panggil kawan2 kau, aku panggil kawan2 aku. Kita semua duduk semeja supaya diorang boleh dengar cerita dari kedua2 pihak. Aku dah kata dari awal, jangan nk main2 dengan aku. Berani?? One more thing, berjuta2 kali aku ckp, aku BENCI PENGKID!!! Jangan letak otak kau kat kepala lutut. Mak bapak kau dah ajar agama dari kecik. Bercakap pasal ketuhanan, tapi perangai ko sendiri mcm syaitan. Ko cuba nk betolkan org lain, tapi diri ko sendiri x betol. Tiap2 hari nk post benda2 mengarut kat wall, sedih la, apa la. Org lain pon ada perasaan, org lain pon kecewa juga la. Binatang pon kenal mana jantan mana betina masa nk mengawan. Out!!!

Wednesday, December 8, 2010

Cubaan/Sabar + Tekanan(Gadoh + Maruah)/Dugaan - Sakit hati = Selamat tinggal Pancarona!!

Dengan segala hormatnya ingin sya memberitahu bahawa pada pukul 1430 tadi, bermula kerjaya saya sebagai penanam anggur yang sah!!

Setalah bertegang leher dgn bos sya yg bangang merangkap sepupu tauke, dgn ini tanpa rasa menyesal saya telah meletak jawatan!!

Payah kalo kerja ngan syarikat yg hak miliknya sepupu sepapat. Gua dah lama tahan dari start keje lagi. Tapi kali ni gua dah x tahan. Semua kesalahan yg die buat diletakkan kat bahu gua. Gua bknnya badang. Mana larat nk pikul sorang2. Tauke pula selalu memenang kan bos gua atas alasan bos gua sepupu die. Haramjadah la!

legnote : Dlam 2-3 bulan ni banyak btol dugaan yg melanda...... Rasa mcm.. X tahan dah... Ya Allah...... Tabahkan lah hati hambaMu yg daif ini..............

Tuesday, December 7, 2010

Doa Buat Kekasih..

Ya Allah..
Seandai telah Engkau catatkan
dia milikku tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Tetapi Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bkn milikku..
Bawalah dia jauh dari pandangan ku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..

Serta Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Dan perolehkan dia kebahagiaan..
Lebih dari kebahagiaan yang aku peroleh..
Dan juga jgnlah ada kebencian antara kami..

Dan Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dgn takdir Mu..
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untuk diriku dan diri dia..
Kerana Engkau Yang Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba Mu..

Ya Allah..
Cukuplah Kau saja..
yg menjadi pemeliharaku..
Dunia dan Akhirat..
Dengarlah rintihan hamba Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
DiDunia mahupun di Akhirat.
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman..
Supaya aku dan dia..
Dpt membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..
Amin.. Ya Rabbal A'lamin..



Salam Maal Hijrah.. Sempena tahun baru ni, marilah kita berubah kearah kebaikan.. Bkn hanya secara luaran, tetapi dalaman juga.. Memang kadangkala sukar untuk kita berubah. Tetapi jika kita benar2 berazam dan sertakan dengan berdoa kepada Allah S.W.T., tiada apa yg mustahil.

Legnote : Dari Maghrib semalam sampai sekarang aku x hisap rokok.. urghh.. seksa.. tapi aku yakin aku boleh!!!

Wednesday, December 1, 2010

Mat Pet...

Ini kisah benar. Aku x tipu.

Prolog.

Ptg semalam -

Pukul 4.45 ptg. 3 biji kenderaan yang x dikenali memecut laju msk ke tempat keje aku umpama ambulans mengangkut ibu mengandung yg pecah air ketubannya. Lalu aku pun turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku.
Jeng2! Aku dah agak! Security tempat aku keje yg isap dadah kene rush. 2 org mat pet dibawa kebalai polis untuk ujian air kencing. Sebelum dibawa msk ke dalam kereta, salah seorang mat pet sempat memberikan aku jelingan maut yang menandakan die x puas hati. Aik? Lu syak gua yg report ke der? Bkn gua k. Nu, makcik cleaner tu yg kecoh.

Klimaks

Pagi td -

Aku baru sampai tempat keje. X sempat aku nk kentut pagi, tetiba aku disergah dari belakang. "hoi!!!" Terlepas kunci kereta dari tangan aku.

Mat pet : wei bangsat! kenapa lu gatal nk report2 ni??

Aku : lu jgn main tuduh2 der. Mana lu tau gua yg report?

Mat pet : gua tau la. gua ada kaco lu ke? kenapa lu nk kaco gua?

Aku : der, rilex der. gua x report k. bkn gua.

Mat pet : abes kalo bkn lu sapa lg?? skrg gua dah kene buang keje!!

Aku : gua sorang je ke yg keje sini? lu ada tgk gua kecoh2 ke?

Mat pet : ahh!!

Terus mat pet tu start moto dan blah. Aku rasa die bru lepas layan lagi. Bangsat. X lama lepas tu dtg makcik cleaner mengadu kat aku die kene ugut dan marah ngan mat pet tadi. Aku rasa nk letak je tapak kasut aku dalam mulut makcik ni. Dah tu kenapa ko nk bising2, kecoh2 nk g report? Sekarang keselamatan aku dan semua pekerja kat sini terancam. Pa wau kaf ya btol.

Monolog

Aku rasa x selamat dan x da mood dah nk keje kat sini. Bkn apa, mat pet ni otaknya gila. Walaupun badan aku persis Malek Nor, tapi kalo ditetaknya pakai parang, mampos juga. Kalo die letak dadah kat kereta aku and then die report polis? X pasal2 aku msk Harian Metro. Bos aku seperti biasa, lepas tangan. Haram J.

Aku dah try risik2 keje lain, tp skrg ni agak payah nk dptkan keje.. Pemimpin negara kata terdapat bnyk peluang kerjaya. Opah die. Org atas memang sedap main ckp je. Yg teruk org bawah ni..

Lagi satu. 2-3 hari ni gua terpikir... Gua nk mulakan hidup baru.. X larat dah nk idup mcm ni. Gua nk lari jauuuuhh dari sini. Cukup2 la gua bersedih. Asyik gua je pikir pasal lu, lu x penah pikir pun pasal gua. Lu x pernah pun fikir pengorbanan gua. Lu kejar kebahagiaan lu tanpa memikirkan kebahagiaan org lain. Masa lu sedih dulu, gua sentiasa ada kat sisi lu. Tp bila gua sedih, lu ghaib ntah kemana. Gua x penah tipu lu, tp lu berkali2 kelentong gua. Cukup lah. Lu ingat gua x laku ke? Gua masih hensem dan kacak. Lu ingat lu sorang je yang ramai peminat? Lu ingat dlm Malaysia ni lu sorang je yg cun? Dulu drpd kesian bertukar jd syg yg menebal. Skrg gua nk kikis syg tu biar jd benci. Lu pandai berlakon.

Notakaki : Esk gua nk ponteng keje...

Friday, November 26, 2010

Kotaraya..

Para pemandu kenderaan di sekitar kotaraya bisa memberikan gua tekanan darah tinggi. Signal hanya sbagai hiasan. Lorong kanan adalah lorong utk memandu seperlahan mungkin. Side mirror hanya untuk mereka bersolek dan membetulkan rambut. Ini membuatkan otak gua menghantar neuron ke saraf2 melalui sinaps dan secara tiba2 jari tengah gua diangkat tinggi. Ini perbuatan tanpa sedar.

Para gadis2 di kotaraya pula, bisa membuatkan biji mataku menjadi juling. Mungkin pengaruh para artis dan filem2 yang mereka tonton, mereka juga ingin menjadi 'Hot' seperti artis. Dik, nnt lu org semua dah msk kubur baru lu tau apa erti 'Hot' yg sebenar. Yang bertudung, Yang free hair sama je. Pakai bju ketat, sendat, singkat. Menampakkan lurah2, dan bahagian dalaman yg berwarna warni. Kadang menunujukkan ketiak mereka yg baru dicukur. Emm. Dan bila nk duduk sibuk nk tarik2 bju. Eh. x yah dik,watpe nk tarik, kan adik nk tunjuk adik pakai warna apa ari ni. Ini juga membuatkan otak gua menghantar neuron ke bahagian lain dan secara automatiknya ia berdiri (Lu org paham sendiri bahagian mana. Gua bkn pervert, ini menunujukkan gua bkn gay!!!)

Para pemuda2 di kotaraya.. Bisa membuatkan aku aku garu kepala. Melepak dikaki2 lima sambil mengurat gadis2. Kadang2 makcik pon x terlepas. Bercakap dengan suara yang lantang umpama sang jeneral sedang memberi arahan kepada askar hanya untuk menarik perhatian. Abg, apa kata abg cuba mengajar disekolah bdk2 pekak? Berlagak hensem dan macho dihadapan gadis2 sedangkan muka x ubah seperti runtuhan kondo di bukit antarabangsa. Ini membuatkan otak aku menghantar isyarat neuron ke kaki tapi sempat dipotong oleh sinaps di bahagian peripheral ganglia.

Kotaraya.. Berbagai ragam..

Monday, November 15, 2010

Teruskan.

Hidup x selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.. Kenangan kadangkala teramat pahit untuk diredah, tapi terlalu manis untuk dikenang.. Jgn terlalu menoleh kebelakang dalam menjani laluan hidup yang penuh berliku, kerana mungkin kita akan terlepas saat2 yang dapat memadam segala keperitan.

Org tua2 kata, hidup ni penuh cabaran. Sebab diorang pernah rasa. Org tua la katakan.. Termasukla hidup aku beberapa minggu kebelakangan ni. Sangat kucar kacir. X terurus. Dari masalah kete, masalah yayasan perak, masalah tempat keje, masalah perhubungan, semuanya bermasalah. Kadang kala rasa lemah gile. Longlai. X bermaya gua rasa nk hadapi semua ini.. Tapi aku masih ingat lagi pada Yang Maha Esa.. Dia memberikan ujian untuk menguji hamba Nya....

Aku rasa nk mcm nk bwk diri.. Pergi jauh dari sini..

Thursday, August 26, 2010

Cinta ini Membunuh ku.......

Bila berbicara tentang perasaan... pasti akan ada yang terluka... Penantian itu satu penyeksaan.. btol x? Hehe.. Aku ni x da la sehebat penulis novel Lagenda Budak Setan yg mampu membuatkan novel die terjual berjuta2 naskah. Tapi kalo cite pasal hidup aku, bole gak kot wat novel.. Cuma x sehebat LBS le. Tajuk die Lembaga Budak Shazel.. hahahahahaha. Aku menulis kerana aku x mampu untuk bercerita dgn baik. Lagipun aku bkn keturunan panglipur lara.
Kau mesti tertanya2, aku yakin, kenapa aku berlainan dari mula2 kita kenal dulu.. Bukan aku yang dulu... cerita ini terbahagi kepada 4 bahagian(kalah The Lord Of The Ring).....


Episod satu.

Aku mengenali S yang tua 2 tahun dari aku masa diploma. Ramai kwn2 aku yg bangkang bila aku bercouple dgn die dulu. Sehingga ada yg memulau aku.. Tapi aku x kisah.. Redah je.. susah senang memang kami harungi bersama. Tapi perbezaan usia memang mempengaruhi. Die lebih matang dari aku. Aku pula baru mencapai umur 20 an. Masa tu aku ni panas baran, kurang sabar, cemburu dan terlalu mengongkong. 2 tahun kami couple. Mak bapak aku pon dah kenal die. Tapi walaupun die sayangkan aku.. tapi akhirnya die pergi juga dari hidup aku.. Kerana x tahan dgn kerenah aku. Masa tu baru aku tersedar betapa bodohnya aku.. bila die dah hilang dari hidup aku, aku mula berubah secara perlahan-lahan. Tidak ada lagi panas baran, kurang sabar, cemburu buta. Tapi semuanya dah terlambat. Perpisahan ini mengajar aku sebahagian dari erti hidup. Jgn terlalu menggengam erat apa yg kita miliki, kerana ia akan hancur dlm gengaman kita sendiri..


Episod dua.

Agak lama juga aku mengelakkan diri dari wanita. Kononnya merajuk la. Poodah! Huhu. Aku mengenali N dari seorang sahabat. Satu universiti tapi berlainan kolej. Masa tu aku dah sambung ijazah. Dari pengalaman lalu, aku berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk die. Aku biarkan die dgn hidup die. Aku tau die popular dan ramai kwn lelaki, tapi kwn je kan? Janji die sayang aku. Tapi tanggapan aku meleset sama sekali. Dibelakang aku, die kuar berdua2an dgn lelaki lain. Bila aku tanya die mcm2 die jwb. Kami kwn je. Wat tugasan la. X pe la. Aku terima segala alasan die. Tapi pada satu hari, Tuhan nk tunjuk kot, aku terserempak ngan die kat Mid Valley, kuar ngan lelaki lain. Kwn je kot, aku pikir. Tapi die kata die blk kpg?? Aku ikut diorang. Adakah seorang kwn akan berpeluk mesra? Adakah seorang kwn akan bercumbu2an? Adakah seorang kwn akan berpimpin tangan dari awal sampai akhir? Lalu aku berpura2 lalu dpn die dan die terkejut beruk. Nasib die x melompat tinggi2. Tapi belum sempat aku nk call or msg si N ni, die msg dulu. Kita berpisah. Saya ada org lain. Katanya. Haramjadah. Aku kene tinggal. Pengajaran yg aku dpt, jgn gengam apa yang kita miliki terlalu longgar, kerana ia akan terbang....


Episod tiga.

Dari sebuah acara yang dijalan kan oleh kolej aku, aku kenal dgn Y. Baik orgnya. Walaupun die ramai kwn lelaki, tapi die x pernah kuar berdua dgn org lain. Just me bak kata penjajah. Aku rasa sungguh bahagia dan fikir inilah penamatanya. Aku menaruh seratus kepercayaan kepada die. Tapi masa tu ex boyfriend die rajin anta msg kat die, mms. . Tapi x pe la. Aku x kisah. Aku percaya pada die. Sehingga lah pada satu hari, die kata die dah berbaik ngan balak lama die. Zassssssssss! Gugur jantung aku. Rupanya aku ni satu persinggahan sebelum die berbaik dgn balak die. Parut kat tangan kanan ni bukti aku betol2 marah kat kau. Pengajaran yang aku dapat, jangan menaruh seratus peratus kepercayaan dan kasih sayang pada seseorang sehinggalah ada ikatan yang sah. Terlalu sakit aku rasakan.


Episod empat.

Daripada seorang sahabat, lama-lamaan aku jatuh hati pada A. Aku rasa selesa dan gembira bila bersama die. Hilang segala masalah. Memang aku rasa sayang pada A. Tapi kau tau masa tu kenapa aku tinggalkan kau terus? Sebab aku dpt tau ko kuar ngan lelaki lain. Cukuplah aku jadi permainan. Aku x sanggup lagi dipermainkan. Agak lama aku menyepi, tapi kau sentiasa kirimkan sms, walaupun aku x bls, aku tersentuh. Aku juga manusia, rasa sayang yg lama terkubur ni mekar kembali. Akhirnya kita berkawan blk. Aku lupakan segala kenangan untuk bersama kau. Tapi aku takut kejadian kejadian yang lama berulang. Aku mula menjadi diri aku yang lama secara perlahan2. Panas baran, cemburu, mengongkong. Aku jadi begitu kerana kau. Kau ramai kwn lelaki. Dan kau juga pernah bgtau aku yg kau menunggu seseorang.. damn.. Maknanya bkn hanya aku seorang dlm hati kau.. Aku takut kehilangan kau. Tapi peristiwa hari tu benar2 menguji kita. Dan start dari hari tu kau semakin lama semakin menjauhkan diri. Walaupun aku redha, tapi aku benar2 tak sanggup untuk kehilangan kau. Kerana aku sayang dan bahagia bila bersama kau. Tapi sekarang semuanya dah berubah.. kau mula menjauhkan diri.. aku.... x tau apa lg yg perlu aku perlu buat......


Cinta ini membunuhku.............

Thursday, August 19, 2010

L2 114

Td masa nk g bazar aku saja lalu kat tingkat bwh... aras yg aku selalu lepak dulu..
Aras 1. Bilik 114 Blok L2.
Bilik yg menyimpan sejuta kenangan antara rakan2 aku..
kat bilik tu kami sembang sampai pagi..
tgk muvie ramai2..
mkn dan minum seperti iblis..
maen dota sambil menyumpah seranah..
bergelak ketawa umpama kene rasuk syaitan..
menghisap rokok dan shisha mengalahkan jin..
memikirkan idea2 lahanat nk kenekan org sempena besday..
maen gitar tanpa menghiraukan org sekeliling..
mengutuk manusia2 yang x disukai secara pukal..
kadang2 wat luahan perasaan..
berbuka ramai2..
Tetiba aku rindu kat diorang.. sebak pon ada.. tambah lagi bulan2 pose ni..
merang, safuan, ajim, nuar, paeh, aznan, iman, pudail..
yang tinggal aku, uncle joe, rifki, loma, mat lan, pipi dan mat mi..
masing2 pon sibuk skrg..
lagipon dah x da tempat nk wat port sembang..
kat uncle joe ngan loma je lah aku wat luahan perasaan..
miss u guys..
semoga kalian berjaya dlm hidup korang..
nnt kita kumpul ramai2 wat parti bogel k!
chow.

Tuesday, August 17, 2010

Warkah

Ada suatu ketika
dalam hidup aku
aku jatuh & tersungkur
dan tidak berdaya utk berdiri semula
itulah saat paling gelap dlm hidup aku
Dalam ketidakupayaan itu aku berfikir
kenapa semua ini terjadi?
berkali2 aku cuba berdiri semula
tapi berkali2 aku jatuh kembali
aku x mampu melawan
perasaan kecewa,marah,sedih,rasa dikhianati
aku biarkan ‘mereka’ menyeksa aku
untuk sekian lama
Dalam pada itu juga aku terfikir
dia tidak pernah merasa bersalah pada aku
dan begitu mudah melupakan apa yg terjadi
Lalu aku kumpul saki baki semangat & iman dlm diri ini
aku jdkan tongkat utk aku berdiri semula
aku campak segala harapan dan impian yg x kan lg berlaku
yg membebani aku..
Dalam segala kepayahan itu
aku berjaya berdiri semula
dan aku perlu teruskan hidup ini
walaupun aku terpaksa hidup dalam kegelapan
kerana tiada lg cahaya yg menerangi hidup aku
namun aku yakin dan berserah
akan dtg cahaya yg baru..
dan aku tidak akan mengemis simpati dr sesiapa lg
Memang payah untuk aku melupakan
saat dimana hidup aku dilimpahi cahaya kegembiraan
ia akan menjadi kenangan terindah dlm hidup aku
Aku akan meneruskan kehidupan ini
walau dlm kepayahan
umpama sebuah kapal yg belayar melawan arus..

kini.....
aku mampu untuk berdiri semula
apa yang berlaku dulu telah aku buangkan
segala kenangan yang bersarang dalam minda telah aku bersihkan
aku tidak hidup dalam kenangan lagi
tapi aku juga manusia biasa
kesilapan demi kesilapan telah aku lakukan
kealpaan memakan diri ini
cemburu membutakan mata
amarah mengaburi hati
kebodohan menguasai mulut..

aku tidak mahu dikhianati lagi
cukuplah berkali2 aku dipermain
jika boleh
aku ingin menjadikan hentian ini sebagai satu penamat
satu penamatan yang bahagia
tapi...
segala-galanya kabur...
tiada penghunjung yang dapat kita lihat
mungkin aku tidak sempurna
tapi yakinlah pada kesetiaan aku
percayalah pada keikhlasan aku
selamilah kejujuran aku
akan aku buktikan
yang aku benar-benar ikhlas..
ye..
aku ikhlas..