Thursday, September 18, 2008

satu bisikan


Mereka berbisik..

Di tempat yang penuh kesedihan dan kepahitan..
Kebahagiaan menanti..
Benarkah itu?
Aku masih mencari..

Mereka berbisik..

Walaupun ditinggalkan dalam kesedihan..
Dan hanya ditemani cahaya bulan..
Bersama nyanyian cengkerik..
Terbanglah kau dengan sayap yang patah..

Mereka berbisik lagi..

kau tiada hak untuk bermimpi..
Jadi kemana aku harus tuju?
Biarpun tidak ada jawapan yang pasti..
Aku hanya berhadapan dengan kegelapan..
Dan hanya mendengar..
Jeritan aku yang tiada harapan..

Saturday, September 13, 2008

selesai sudah..

maen gitar kat bilik meran

ni aku yg naikkan ni..


Minggu ni merupakan satu seksaan bg aku rasanya.. dari hari selasa sampai ke jumaat, berderet2 exam. selasa paper english, rabu patologi tumbuhan, khamis prinsip sains tanaman, jumaat biometri(paling tension!!!). Dengan x cukup tidonya, terperap 24 jam kat bilik, mengadap tulisan2 ngan nombor2 lagi, pening kepala aku.. Tapi Alhamdulillah, semuanya dah selesai dan berjaya aku tempuh dengan baik.. pasni dah x da exam dah.. bole la aku start study ckit2 utk final.. x mo dah aku study last minit.. tobat aku..

Ari ni aku release tension ngan mcm2 benda. 1st sekali dah tentu2 la aku ganti bil tido aku yg tertunggak(ganti tido laju, ganti sembahyang cukup main liat…) hahaha.. pastu aku gi bilik meran ngan anis, kaco diorang. Main gitar lagi.. huhuhuhu.. pastu lewat mlm gi mancing ngan uncle joe, peja, meran ngan bdk2 lain(saje ikut, aku bkn reti mancing..).. uncle joe nk cari lauk sahur.. hahaha.. bnyak la juga dapat. Rasanya bole masak mcm2 jenis lauk. 3 rasa, gulai tempoyak, sambal pedas, mcm2 lagi la. Then aku tgk drama jepun, Galileo. And last sekali tgk prison break season 4, 3 episod berturut2. puas hati aku.. dah lama x dengar dialog kegemaran aku,”previously on prison break..”

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan2 dan semua umat islam sekalian.. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.. marilah kita memperbanyakkan amal ibadat kita di bulan ramadhan yg mulia ini(untuk rakan2 dan diri sendiri..). semoga byk pahala yg kita dapat di bulan puasa ni.. amin..

Monday, September 8, 2008

lamunan terhenti

Entah mengapakah hatiku bergetaran

Bila bertemu lagi oh kekasih lama

Ku cuba selindungkan api keresahan

Namun perasaan ini berapi di dalam…

Ku kira engkau sudah melupakan

Kerna itulah engkau nampak tenang

Lainlah aku bila ketika ini

Masih membara ingatanku terhadapmu..


Sebahagian lirik daripada lagu Lamunan Terhenti oleh aris ariwatan.. org kata, perempuan lebih mudah melupakan apa yg berlaku daripada lelaki. Org kata, bkn aku... tapi mungkin juga ada kebenarannya... perempuan bila clash je, begitu cepat ada pengganti.. seolah x da apa2 yg berlaku.. dan terus menutup pintu hati dia utk lelaki tu.. sekelumit peluang pun tidak diberi utk menebus salah dan silap.. langsung tidak diberi ruang dalam hati mereka utk lelaki tersebut kembali berdiri.. walaupun terpaksa mengemis dengan air mata.. maybe apa yg dilakukan semasa bercouple dulu melampau dan teruk.. tp bila dah jadi mcm ni, akan terbit keinsafan dan penyesalan dari ego lelaki.. begitu payahkah utk memberi peluang walau cuma sekali sahaja utk membuktikan yg lelaki tersebut benar2 berubah....?


Tapi bg lelaki, begitu payah utk melupakan apa yg berlaku.. walaupun cuba utk mencari pengganti, tp kenangan2 dulu datang menyerbu dan menyenakkan otak.. walaupun perkara tu dah lama terjadi... Dan selalu terdetik di fikiran.. alangkah bagusnya jika dulu dipendamkan sahaja perasaan itu.. tidak diluahkan.. hanya mengkagumi kejelitaan dan keayuannya dari jauh.. perkara begini xkan berlaku.. mungkin perempuan tu bahagia dengan lelaki lain.. mungkin dah nk kawin pun..


Aku x kata aku ni lelaki yg baik.. aku sedar diri yg aku ni x sempurna dan banyak lagi yg perlu diperbaiki.. dan aku x kata yg perempuan ni jahat. Tidak sama sekali.. tuhan telah mencipta manusia berpasangan lelaki dan perempuan.. lelaki dan perempuan saling memerlukan.. itu fitrah alam ini.. mungkin keadaan yg memaksa? siapa yg tahu...

Saturday, September 6, 2008

aku....


shazel ashriq sulaiman.. itu lah nama yg aku guna semenjak 23 tahun lalu.. x penah tuka.. haha.. anak sulung daripada 4 adik beradik. lahir kat hospital changkat melintang, bota.. zaman kanak2 aku habiskan kat johor, batu pahat.. zaman remaja aku abiskan kat tapah, perak.. sekarang duk kat ipoh.. tu pun blk masa cuti sem je la.. aku tgh belaja lg kat universiti putra malaysia, serdang, selangor.
status aku duda(hahahahahahahahahhahahahahahhaha).. damn.. hobi aku dimasa2 terluang aku suka petik2 gitar. walaupun ntah apa bunyi yg kuar, layan je.. aku juga suka melalak sambil imraan the kening dan safuan the flower boy main gitar.. huhu.. jgn marah.. suka jugak main bola ngan futsal. newcastle united,italy,japan ngan perak fa adalah team kebanggan aku..
aku x suka tgk wayang.. sbb.. sbb.. sbb.. hahaha.. sbb dirahsiakan.. cite yg last aku tgk kat panggung cite jangan pandang belakang.. huhu.. lg satu, suka gak aku layan drama2 jepun ngan korea ni.. cite kegemaran aku dah tentulah densha otoko ngan autumn in my heart..
menulis ni hobi aku dari dulu lg.. dulu masa sekolah tulis kat dalam buku latihan sains yg beso tu. hehehe.. tp x byk masa la sekarang.. busy.. bnyk benda nk kene fikir.. jd kalo ada masa, aku akan tulis...
chiow!