Friday, August 5, 2011

Kenapa?

Tahukah anda semua bahawa penanam padi di Malaysia jauh ketinggalan berbanding petani2 Eropah, Jepun hatta negara jiran kita, Thailand, serta Vietnam. Ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan, teknologi, displin dan juga amalan kultura.

Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah kerana medium perantaraan yang dilantik dan diamanahkan oleh kerajaan, tidak melaksanakan tugas dengan sewajarnya.. PPK, LPP, MADA.. Ini benar2 berlaku. Tanyalah kebanyakan petani di utara ini, kebanyakan daripada mereka, tidak tahu aturan semburan racun yang sebenar. Ini adalah fakta. Hanya kira2 30% sahaja yang tahu. Bagaimana kita hendak mencapai sasaran kerajaan yang mahukan petani mendapat 10 tan/ha? Sedangkan kini rata2 petani hanya mendapat hasil antara 2-5 tan/ha? Hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu mencapai hasil antara 6-9 tan/ha.

Tidak dinafikan tugas kami sebagai pegawai teknikal racun adalah untuk melatih para petani ini menggunakan racun dengan betul, disamping memberi tunjuk ajar tentang pengurusan bersepadu tanaman untuk meningkatkan hasil secara berterusan. Tapi kami juga memerlukan bantuan dari pihak2 agensi kerajaan ini untuk mengumpul dan menggembeleng tenaga untuk menyampaikan mesej kepada petani.

Jika di Jepun atau negara Eropah, apabila kami, pegawai teknikal racun syarikat swasta ingin memberikan taklimat, maka para petani atau agensi kerajaan akan membayar kepada pihak syarikat racun. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia. Sudahla para petani mahukan kami mengadakan taklimat di restoran yg mahal atau ingin makan yg sedap2 di akhir taklimat, Pegawai2 agensi kerajaan ini juga menangguk di air yang keruh. Jika kami tidak melayan kehendak mereka, tiada taklimat yang akan diatur. Ada pegawai2 yg tidak langsung menjenguk bendang para petani, yg berlagak mengalahkan YB juga tidak terkecuali.

Jika keadaan ini terus berlaku, maka petani di Malaysia ini akan berada di tahap yg sama, tidak berubah. Sentiasa mundur dan ketinggalan. Amalan rasuah di Malaysia kini semakin menjadi2. Andai situasi ini tidak berubah, maka dalam 20 tahun akan datang negara ini akan menjadi tidak ubah seperti negara India dimana rasuah berleluasa dan terlalu teruk. Ekonomi akan jatuh merudum. Pengangguran akan berada di paras tertinggi. Mahukah kita melihat anak2 kita berhijrah ke negara lain semata2 untuk mencari sesuap nasi? Seperti Pekerja Bangladesh dan Indonesia? Anda ada jawapannya.. Tepuklah dada, tanya selera. Akhir kata, Umpama mencuci arang, tidak putih2 jua..

Legnote : Gua pon terkejut gua wat entry ilmiah begini. Mungkin sebab tahun ni gua da berumur 26 tahun(x da kaitan. Hahahaha!). Gua da pasang angan2 gua nk kawen hujung tahun 2012. Gua da start saving. Tapi calon x da. Lu org tolong carikan boley x? Hahahahaha! Sahur2 weh.. Chiow!