Monday, September 8, 2008

lamunan terhenti

Entah mengapakah hatiku bergetaran

Bila bertemu lagi oh kekasih lama

Ku cuba selindungkan api keresahan

Namun perasaan ini berapi di dalam…

Ku kira engkau sudah melupakan

Kerna itulah engkau nampak tenang

Lainlah aku bila ketika ini

Masih membara ingatanku terhadapmu..


Sebahagian lirik daripada lagu Lamunan Terhenti oleh aris ariwatan.. org kata, perempuan lebih mudah melupakan apa yg berlaku daripada lelaki. Org kata, bkn aku... tapi mungkin juga ada kebenarannya... perempuan bila clash je, begitu cepat ada pengganti.. seolah x da apa2 yg berlaku.. dan terus menutup pintu hati dia utk lelaki tu.. sekelumit peluang pun tidak diberi utk menebus salah dan silap.. langsung tidak diberi ruang dalam hati mereka utk lelaki tersebut kembali berdiri.. walaupun terpaksa mengemis dengan air mata.. maybe apa yg dilakukan semasa bercouple dulu melampau dan teruk.. tp bila dah jadi mcm ni, akan terbit keinsafan dan penyesalan dari ego lelaki.. begitu payahkah utk memberi peluang walau cuma sekali sahaja utk membuktikan yg lelaki tersebut benar2 berubah....?


Tapi bg lelaki, begitu payah utk melupakan apa yg berlaku.. walaupun cuba utk mencari pengganti, tp kenangan2 dulu datang menyerbu dan menyenakkan otak.. walaupun perkara tu dah lama terjadi... Dan selalu terdetik di fikiran.. alangkah bagusnya jika dulu dipendamkan sahaja perasaan itu.. tidak diluahkan.. hanya mengkagumi kejelitaan dan keayuannya dari jauh.. perkara begini xkan berlaku.. mungkin perempuan tu bahagia dengan lelaki lain.. mungkin dah nk kawin pun..


Aku x kata aku ni lelaki yg baik.. aku sedar diri yg aku ni x sempurna dan banyak lagi yg perlu diperbaiki.. dan aku x kata yg perempuan ni jahat. Tidak sama sekali.. tuhan telah mencipta manusia berpasangan lelaki dan perempuan.. lelaki dan perempuan saling memerlukan.. itu fitrah alam ini.. mungkin keadaan yg memaksa? siapa yg tahu...

3 comments:

Jahwarhar Nazrin Abdul Rashid said...

jln2 jap kt sini..

karatz said...

wahh..aku tersebak..terkesima..terkedu..tp xlaa smpai ternangis atau terteriak kangkang..sabar beb..

"begitu payahkah utk memberi peluang walau cuma sekali sahaja utk membuktikan yg lelaki tersebut benar2 berubah....?"

aku suka part ni..insyaAllah,jodoh da dtentukan..but,usaha tetap kna ada.. =)

hardyzs said...

jiwang karat la lu bro.. lupakn je yang lama.. ko carik je kat lorong haji taib.. belambak.. hahahahaha