Sunday, February 6, 2011

Busy Yang Sengaja..

Ada paham? Busy yg sengaja aku wat.. Hahahahaha.. Kepala hotak sengaja, aku btol2 busy, kadang2 malam pon aku keje dan meeting beb.. Tapi Alhamdulillah.. Aku rasa tenang dan damai disini.. X mcm satu ketika aku keje di Kotaraya Kolumpo, Kotaraya yang mampu membunuh harapan dan impian manusia.. Kotaraya yang penuh dengan manusia yang berbagai ragam.. Kotaraya yang penah aku tinggal selama 8 tahun.. Melalut dah...

Hahaha.. Tapi.. Kadang2 aku teringat balik kenangan2 di kolumpo tu.. Mcm2 ada.. Kegembiraan.. Kesedihan.. Kebahagiaan.. Keperitan.. Kejayaan.. Tapi tu lah.. Semua tu kenangan masa lalu.. Masa lalu merupakan waktu yang penuh dengan pelajaran. Sebuah pelajaran yang dicipta untuk dipelajari dan ditelaah. Andai kita pernah mengecapi kejayaan pada masa lalu, ambil pelajaran tu untuk kita ulangi kejayaan yang telah kita bina. Tapi, jika masa lalu kita tu ada cebisan kegagalan or keburukan, ambil juga ia, lalu pelajari dan telaah supaya kita dapat menghadapi masa depan yang 1000 kali lebih mencabar.. Ramai manusia yang berubah sebab kenangan masa lalu. Kerana pengalaman masa lalu ada manusia yang berjaya motivasikan diri untuk menjadi lebih baik. Ada juga manusia yang tidak dapat menerima, lalu tersungkurlah mereka dipijak oleh pengalaman tersebut.. Alhamdulillah.. Aku masih kuat..

Ramai yang melihat ujian dari Allah S.W.T adalah bencana yang menimpa kita.. Tidak! Lihat dari sudut yang berbeza. Ujian dari Tuhan bermakna Dia sayangkan kita.. Aku anggap Tuhan telah menarik satu rezeki daripada aku, tapi Dia memberikan rezeki yang lain pada aku.. Kerana mungkin jika aku ada kedua2 rezeki tersebut, aku akan terus lalai dan selesa dengan kehidupan dulu.. Bila Allah S.W.T menarik rezeki tu dari aku, baru aku tersedar, aku perlu berubah kerana kehidupan aku yang dulu x kan menjamin masa depan aku.. Dan bila aku telah redha, tawakkal kepada Nya, satu hari nanti, Dia akan pulangkan rezeki yang telah Dia tarik bersama dengan rezeki yang ada sekarang.. Kan semua yang kat dunia ni pinjaman semata2? Hehe..

Setiap taufan yang menerpa, pasti akan berlalu. Setiap banjir yang melanda, pasti akan surut. Setiap hujan yang menimpa, pasti akan berhenti. Setiap kali malam, pasti akan diganti dengan siang. Aku cuma berharap yang aku akan terus kuat menghadapi liku2 hidup ini..

Nota berkaki : Selamat Pengantin Baru kepada sahabat baik aku dulu. Jadilah isteri yang solehah. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga korang... Dan kepada rakan2 yang membaca blog aku, JANGAN DITANYA bila aku nk kahwin. Soalan tu bole membawa kepada perang dunia ke-4. Hahahahaha.. Adios!

2 comments:

karatz said...

alhamdulillah.bila lu nak berumah tangga?

kucing gemok said...

hahahahahahahaha... mcm babi........