Thursday, August 26, 2010

Cinta ini Membunuh ku.......

Bila berbicara tentang perasaan... pasti akan ada yang terluka... Penantian itu satu penyeksaan.. btol x? Hehe.. Aku ni x da la sehebat penulis novel Lagenda Budak Setan yg mampu membuatkan novel die terjual berjuta2 naskah. Tapi kalo cite pasal hidup aku, bole gak kot wat novel.. Cuma x sehebat LBS le. Tajuk die Lembaga Budak Shazel.. hahahahahaha. Aku menulis kerana aku x mampu untuk bercerita dgn baik. Lagipun aku bkn keturunan panglipur lara.
Kau mesti tertanya2, aku yakin, kenapa aku berlainan dari mula2 kita kenal dulu.. Bukan aku yang dulu... cerita ini terbahagi kepada 4 bahagian(kalah The Lord Of The Ring).....


Episod satu.

Aku mengenali S yang tua 2 tahun dari aku masa diploma. Ramai kwn2 aku yg bangkang bila aku bercouple dgn die dulu. Sehingga ada yg memulau aku.. Tapi aku x kisah.. Redah je.. susah senang memang kami harungi bersama. Tapi perbezaan usia memang mempengaruhi. Die lebih matang dari aku. Aku pula baru mencapai umur 20 an. Masa tu aku ni panas baran, kurang sabar, cemburu dan terlalu mengongkong. 2 tahun kami couple. Mak bapak aku pon dah kenal die. Tapi walaupun die sayangkan aku.. tapi akhirnya die pergi juga dari hidup aku.. Kerana x tahan dgn kerenah aku. Masa tu baru aku tersedar betapa bodohnya aku.. bila die dah hilang dari hidup aku, aku mula berubah secara perlahan-lahan. Tidak ada lagi panas baran, kurang sabar, cemburu buta. Tapi semuanya dah terlambat. Perpisahan ini mengajar aku sebahagian dari erti hidup. Jgn terlalu menggengam erat apa yg kita miliki, kerana ia akan hancur dlm gengaman kita sendiri..


Episod dua.

Agak lama juga aku mengelakkan diri dari wanita. Kononnya merajuk la. Poodah! Huhu. Aku mengenali N dari seorang sahabat. Satu universiti tapi berlainan kolej. Masa tu aku dah sambung ijazah. Dari pengalaman lalu, aku berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk die. Aku biarkan die dgn hidup die. Aku tau die popular dan ramai kwn lelaki, tapi kwn je kan? Janji die sayang aku. Tapi tanggapan aku meleset sama sekali. Dibelakang aku, die kuar berdua2an dgn lelaki lain. Bila aku tanya die mcm2 die jwb. Kami kwn je. Wat tugasan la. X pe la. Aku terima segala alasan die. Tapi pada satu hari, Tuhan nk tunjuk kot, aku terserempak ngan die kat Mid Valley, kuar ngan lelaki lain. Kwn je kot, aku pikir. Tapi die kata die blk kpg?? Aku ikut diorang. Adakah seorang kwn akan berpeluk mesra? Adakah seorang kwn akan bercumbu2an? Adakah seorang kwn akan berpimpin tangan dari awal sampai akhir? Lalu aku berpura2 lalu dpn die dan die terkejut beruk. Nasib die x melompat tinggi2. Tapi belum sempat aku nk call or msg si N ni, die msg dulu. Kita berpisah. Saya ada org lain. Katanya. Haramjadah. Aku kene tinggal. Pengajaran yg aku dpt, jgn gengam apa yang kita miliki terlalu longgar, kerana ia akan terbang....


Episod tiga.

Dari sebuah acara yang dijalan kan oleh kolej aku, aku kenal dgn Y. Baik orgnya. Walaupun die ramai kwn lelaki, tapi die x pernah kuar berdua dgn org lain. Just me bak kata penjajah. Aku rasa sungguh bahagia dan fikir inilah penamatanya. Aku menaruh seratus kepercayaan kepada die. Tapi masa tu ex boyfriend die rajin anta msg kat die, mms. . Tapi x pe la. Aku x kisah. Aku percaya pada die. Sehingga lah pada satu hari, die kata die dah berbaik ngan balak lama die. Zassssssssss! Gugur jantung aku. Rupanya aku ni satu persinggahan sebelum die berbaik dgn balak die. Parut kat tangan kanan ni bukti aku betol2 marah kat kau. Pengajaran yang aku dapat, jangan menaruh seratus peratus kepercayaan dan kasih sayang pada seseorang sehinggalah ada ikatan yang sah. Terlalu sakit aku rasakan.


Episod empat.

Daripada seorang sahabat, lama-lamaan aku jatuh hati pada A. Aku rasa selesa dan gembira bila bersama die. Hilang segala masalah. Memang aku rasa sayang pada A. Tapi kau tau masa tu kenapa aku tinggalkan kau terus? Sebab aku dpt tau ko kuar ngan lelaki lain. Cukuplah aku jadi permainan. Aku x sanggup lagi dipermainkan. Agak lama aku menyepi, tapi kau sentiasa kirimkan sms, walaupun aku x bls, aku tersentuh. Aku juga manusia, rasa sayang yg lama terkubur ni mekar kembali. Akhirnya kita berkawan blk. Aku lupakan segala kenangan untuk bersama kau. Tapi aku takut kejadian kejadian yang lama berulang. Aku mula menjadi diri aku yang lama secara perlahan2. Panas baran, cemburu, mengongkong. Aku jadi begitu kerana kau. Kau ramai kwn lelaki. Dan kau juga pernah bgtau aku yg kau menunggu seseorang.. damn.. Maknanya bkn hanya aku seorang dlm hati kau.. Aku takut kehilangan kau. Tapi peristiwa hari tu benar2 menguji kita. Dan start dari hari tu kau semakin lama semakin menjauhkan diri. Walaupun aku redha, tapi aku benar2 tak sanggup untuk kehilangan kau. Kerana aku sayang dan bahagia bila bersama kau. Tapi sekarang semuanya dah berubah.. kau mula menjauhkan diri.. aku.... x tau apa lg yg perlu aku perlu buat......


Cinta ini membunuhku.............

1 comment:

karatz said...

Allah Maha Besar..
aku doakan kau tabah,dan betul betul tabah.