Tuesday, August 17, 2010

Warkah

Ada suatu ketika
dalam hidup aku
aku jatuh & tersungkur
dan tidak berdaya utk berdiri semula
itulah saat paling gelap dlm hidup aku
Dalam ketidakupayaan itu aku berfikir
kenapa semua ini terjadi?
berkali2 aku cuba berdiri semula
tapi berkali2 aku jatuh kembali
aku x mampu melawan
perasaan kecewa,marah,sedih,rasa dikhianati
aku biarkan ‘mereka’ menyeksa aku
untuk sekian lama
Dalam pada itu juga aku terfikir
dia tidak pernah merasa bersalah pada aku
dan begitu mudah melupakan apa yg terjadi
Lalu aku kumpul saki baki semangat & iman dlm diri ini
aku jdkan tongkat utk aku berdiri semula
aku campak segala harapan dan impian yg x kan lg berlaku
yg membebani aku..
Dalam segala kepayahan itu
aku berjaya berdiri semula
dan aku perlu teruskan hidup ini
walaupun aku terpaksa hidup dalam kegelapan
kerana tiada lg cahaya yg menerangi hidup aku
namun aku yakin dan berserah
akan dtg cahaya yg baru..
dan aku tidak akan mengemis simpati dr sesiapa lg
Memang payah untuk aku melupakan
saat dimana hidup aku dilimpahi cahaya kegembiraan
ia akan menjadi kenangan terindah dlm hidup aku
Aku akan meneruskan kehidupan ini
walau dlm kepayahan
umpama sebuah kapal yg belayar melawan arus..

kini.....
aku mampu untuk berdiri semula
apa yang berlaku dulu telah aku buangkan
segala kenangan yang bersarang dalam minda telah aku bersihkan
aku tidak hidup dalam kenangan lagi
tapi aku juga manusia biasa
kesilapan demi kesilapan telah aku lakukan
kealpaan memakan diri ini
cemburu membutakan mata
amarah mengaburi hati
kebodohan menguasai mulut..

aku tidak mahu dikhianati lagi
cukuplah berkali2 aku dipermain
jika boleh
aku ingin menjadikan hentian ini sebagai satu penamat
satu penamatan yang bahagia
tapi...
segala-galanya kabur...
tiada penghunjung yang dapat kita lihat
mungkin aku tidak sempurna
tapi yakinlah pada kesetiaan aku
percayalah pada keikhlasan aku
selamilah kejujuran aku
akan aku buktikan
yang aku benar-benar ikhlas..
ye..
aku ikhlas..