Tuesday, December 7, 2010

Doa Buat Kekasih..

Ya Allah..
Seandai telah Engkau catatkan
dia milikku tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Tetapi Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bkn milikku..
Bawalah dia jauh dari pandangan ku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..

Serta Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Dan perolehkan dia kebahagiaan..
Lebih dari kebahagiaan yang aku peroleh..
Dan juga jgnlah ada kebencian antara kami..

Dan Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dgn takdir Mu..
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untuk diriku dan diri dia..
Kerana Engkau Yang Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba Mu..

Ya Allah..
Cukuplah Kau saja..
yg menjadi pemeliharaku..
Dunia dan Akhirat..
Dengarlah rintihan hamba Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
DiDunia mahupun di Akhirat.
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman..
Supaya aku dan dia..
Dpt membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..
Amin.. Ya Rabbal A'lamin..



Salam Maal Hijrah.. Sempena tahun baru ni, marilah kita berubah kearah kebaikan.. Bkn hanya secara luaran, tetapi dalaman juga.. Memang kadangkala sukar untuk kita berubah. Tetapi jika kita benar2 berazam dan sertakan dengan berdoa kepada Allah S.W.T., tiada apa yg mustahil.

Legnote : Dari Maghrib semalam sampai sekarang aku x hisap rokok.. urghh.. seksa.. tapi aku yakin aku boleh!!!

No comments: